Tips

 

Elakkan permulaan tekanan minyak yang cepat
Cara pemanduan yang agresif (menekan minyak dan brek yang terlalu kerap) akan membazirkan bahan api. Elakkan daripada memulakan tekanan minyak dengan cepat boleh mengurangkan perbatuan bahan api secara dramatik sebanyak 30% atau lebih. Maka, pandulah secara lancar dan mulakan perjalanan anda dengan baik.


Jangan mengisi penuh tangki anda
Berhenti mengisi apabila tanda pemberhentian pengisian automatik berfungsi. Pengisian bahan api sehingga ke penutup tangki boleh menyebabkan bahan api melimpah keluar dan seterusnya menyebabkan pembaziran dan membahayakan alam sekitar.


Memerhatikan Tahap Kelajuan
Anda mungkin suka merasai kelajuan, terutamanya di lebuhraya, tetapi pemanduan yang cepat boleh meningkatkan penggunaan bahan api secara dramatik.

Mengurangkan Rintangan Angin
Kereta anda mempunyai bendera kecil yang terbang di cermin depan atau tingkap belakang? Mempunyai rak bumbung atau pembawa? Tanggalkannya melainkan anda memerlukannya kerana ia menambahkan berat dan rintangan angin kenderaan anda.

Jaga Kaki Anda
Jauhkan kaki kanan anda dari brek, ia boleh menyebabkan seretan dan mengurangkan perbatuan bahan api. Ia juga boleh menghauskan brek anda dengan lebih cepat (membazirkan wang anda) dan ia juga boleh mengelirukan pemandu di belakang anda.


Bersihkan kenderaan anda
Berat yang berlebihan boleh menjadi semakin bertambah sekiranya ia tidak dibersihkan, malah ia juga boleh meningkatkan beban penggunaan bahan api. Bergerak dengan 40kg lebihan berat boleh mengurangan perbatuan sebanyak 1-2% bergantung kepada berat kenderaan, tetapi setiap benda kecil boleh menambahkan berat. Pengurangan ini adalah berasaskan peratusan berat lebihan relatif kepada berat kenderaan dan ia lebih mempengaruhi kenderaan kecil berbanding dengan kenderaan besar.

Tayar
Anda boleh mempertingkatkan perbatuan bahan api anda sebanyak 3.3% dengan mengekalkan tekanan yang sesuai kepada tayar anda. Periksa tekanan udara dengan kerap (ini juga merupakan satu petua keselamatan) – tekanan udara yang rendah boleh mengurangkan perbatuan dengan 0.4% untuk setiap penurunan 1 PSI di tekanan pada semua empat tayar, dan lebih teruk, ia boleh menyebabkan tayar menjadi terlalu panas dan meletup.

Palam Cucuhan
Memperbaiki palam boleh menyebabkan enjin anda membakar lebih banyak udara dan bahan api yang dibekalkan kepadanya. Ini boleh mengurangkan pembaziran bahan api dengan melengkapkan pembakaran bahan api yang dibekalkan kepadanya. Berbanding dengan penggunaan bahan api, kos penggantian palam cucuhan semestinya adalah lebih berbaloi.